Wednesday, April 30, 2008

WARNA PADA LAMBANG SEKOLAH

MERAH
Pelita Melambangkan ilmu sebagai penyuluh hidup. Api yang bernyala melambangkan keberanian dan kegigihan dalam perjuangan menuntut ilmu.

KUNING
Perisai melambangkan ilmu sebagai benteng penghalang unsur-unsur negatif dalam kehidupan. Warna kuning melambangkan sinar kehidupan yang terang benderang.

PUTIH
Melambangkan tulus dan ikhlas dalam menuntut ilmu agar dapat melaksanakannya dengan amanah dan jujur.HIJAUMeletakkan ilmu sebagai wadah kehidupan yang luhur dalam iklim persekolahan.

Ikrar Pelajar

Bahawasanya kami
Pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring
Berikrar dan berjanji
Akan menjadi pelajar yang cemerlang
Dari segi akademik
Dan kokurikulum
Serta unggul
Dari segi sahsiah
Kami berjanji
Akan menaikkan imej SMKATJ
Dengan menampilkan
Imej diri yang positif dan berteraskan Islam
Kami akan sentiasa
Berpakaian kemas
Dan beradab sopan
Terhadap guru-guru dan rakan-rakan
Kami berjanji
Akan mengamalkanCara hidup Islam yang cemerlang
Untuk mengangkat martabat SMKA
Sebagai institusi pendidikan yang unggul




Aktiviti Dalam Sekolah

Pelaksanaan Jadual Baru

Bermula 27 Januari 2008 guru-guru dan para pelajar akan menggunakan Jadual Baru yang telah diedarkan oleh Pejabat Sekolah sebentar tadi. Jadual baru ni melibatkan beberapa perubahan kecil ekoran kemasukan beberapa orang tenaga pengajar yang baru bertukar daripada beberapa sekolah berhampiran. Perubahan ini diharapkan dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran 2008 ini.

Peperiksaan TOV

Bermula 17 Febuari 2008, Peperiksaan TOV telah dijalankan untuk semua tingkatan sebagaimana di semua sekolah negeri Terengganu.TOV bagi menengah bawah adalah sehingga 22Febuari, manakala bagi menegah atas sehingga 28 Februari.Kertas peperiksaan adalah daripada Jabatan Pelajaran Terengganu.Sebagaimana yang telah diketahui,TOV dilaksanakan adalah untuk menilai prestasi pelajar sebelum startegi anjakan baru dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi pelajar tersebut dalam pelajaran.

Majlis Tadarus Al-Quran dan Ihtifal

Khamis, 6 mac 2008, Majlis Tadarus Al-Quran dan Ihtifal peringkat sekolah telah berjaya dlaksanakan. Antara aktiviti yang berlangsung di dalam majlis tersebut ialah tilawah Al-Quran lelaki dan perempuan, hafazan lelaki dan perempuan, Kalimatus Sobah (ucapan pagi), Al-Hiwar (perbualan atau drama), Ikhtibaruz Zaka’ (kuiz), Khitobah (syarahan) ,Addinu Khitobah (syarahan agama), dan Riwayatul Qisas (bercerita). Majlis tersebut diakhiri dengan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh PK Hal Ehwal Murid En. Harun Bin Mohamad serta PK Kokorikulum En. Kamarulzaman Ismail diiringi Ustazah Saminah Binti Mustaffa sebagai guru penyelaras program.

Perkongsian Gemilang

Rabu, 19 Mac 2008- Sebuah kem motivasi yang dinamakan
Perkongsian Gemilang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring 2008 bersama beberapa orang bekas pelajar sekolah tersebut yang terbilang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2007 telah diadakan di Dewan Abbas. Kem ini diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat ke dalam diri para pelajar tingkatan lima 2008 agar dapat mencipta kegemilangan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diduduki pada akhir November tahun ini.

Sambutan Maulidur Rasul

Sabtu, 5 April 2008 - Sempena sambutan Maulidur Rasul yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan satu sambutan di Dewan Abbas sempena meraikan hari kelahiran insan teragung yang disanjungi oleh seluruh umat Islam. Majlis ini telah diadakan pada pukul 11.00 pagi selepas majlis penyampaian hadiah pada sebelah pagi diadakan.

Majlis Penyampaian Hadiah

Sabtu, 5 April 2008 - Hari Sabtu iaitu hari ini adalah merupakan hari persekolahan sempena menggantikan cuti yang diambil oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring pada hari Khamis lepas. Pada hari ini, telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kawad Kaki 2008 dan juga Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) yang diadakan baru-baru ini. Semua pelajar diminta masuk ke Dewan Abbas pada pukul 9.15 pagi untuk menyaksikan majlis tersebut.

KEJAYAAN SEKOLAH

1)P.U.M SMKATJ Juara Konvensyen P.U.M Negeri

2)KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TERBAIK DI MALAYSIA 2005

3) SUBJEK BIOLOGY 4 TAHUN BERTURUT-TURUT TERBAIK SMKA MALAYSIA.

4) SUBJEK SYARIAH ISLAMIAH TERBAIK MALAYSIA 2006.

5) SUBJEK PRINSIP AKAUN, PENDIDIKAN AL-QURAN AS-SUNNAH TEMPAT KEDUA TERBAIK SMKA MALAYSIA.

6) ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHOLOGY TEMPAT KETIGA TERBAIK SMKA MALAYSIA.

7 ) HASANAH MAHMUD TOP 40 TERBAIK PMR 2007

Monday, April 28, 2008

Pengasas
Lahir di Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut hampir seabad yang lalu. Lebih mesra dengan panggilan To’ Guru Haji Abbas kerana kealiman yang diakui umum khususnya dalam bidang ilmu feqah yang merangkumi 4 mazhab iaitu Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.
Mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mohd bin Haji Hussein, Kuala Besut. Kemudian ketika berusia 14 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah selama 8 tahun. Dari Mekah beliau ke India menyambung pengajian di Universiti Al-Jamiah Al-Islamiah, Gujerat ketika berusia 22 tahun. Setelah pulang ke tanah air, 4 tahun kemudian beliau datang kembali ke Benua Kecil Hindi meneruskan pengajiannya di Universiti Darul Ulum Dioband selama 1 tahun pada tahun 1938.
Berpegang kepada prinsip hidup mesti beramal, berbakti dan berkorban demi mencapai keredhaan Allah. Ilmu wajib diperkembangkan demi kesejahteraan umat seluruhnya telah membuktikan prinsip itu dengan mengasaskan sebuah pondok di kampung kelahirannya yang diberi nama Jamiah Diniah. Bersama beberapa orang Ulama’ yang lain beliau membuka sebuah pondok lain di Kampung Raja, Besut iaitu Madrasah Nurul Ittifaq, selepas itu di Kuala Besut beliau mengasaskan Darul Adib Al-Khursani.
Gerakan pendidikan dan dakwah tokoh ini tidak terhad di kawasan Besut sahaja, malah melewati sepadan Bukit Yong di Negeri Kelantan Darul Naim dengan membuka beberapa buah pondok mulai tahun 1945. Seterusnya dari Kelantan beliau berhijrah ke Kuala Terengganu mengasaskan pondok Tok Jiring yang terkenal itu pada tahun 1953 sehingga berkembang menjadi sebuah Sekolah Menengah Agama sehingga kerajaan negeri mengambil alih pentadbirannya pada 1962 dan pada tahun 1976 Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pentadbirannya dan dinaikkan taraf sebagai sebuah sekolah menengah agama yang termoden di Terengganu.
Keistimewaan Tuan Guru Haji Abbas juga terserlah melalui beberapa hasil karya ilmiah dalam bidang keagamaan. Atas segala bakti itu Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman telah mengistiharkannya sebagai Tokoh Ulama’ dalam Majlis Sambutan Ma’al Hijrah tahun 1409. Pada 17 April 1989 DYMM Tuanku Al Sultan telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu, (DPMT) kepadanya yang membawa gelaran Dato’ kepadanya.
Lanjutan daripada itu beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Terengganu tahun 1990. Pada 16 Mei 1991, beliau sekali dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Nasional.
Begitu juga dengan keterlibatan beliau dalam politik yang pernah dilantik sebagai senator selama 6 tahun oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada awal tahun 60an.
Beliau mempunyai 15 orang anak. Salah seorang daripadanya meneruskan pendidikan pondok ialah Encik Abdul Aziz bin Haji Abbas. Pada 1 Julai 1997 beliau telah kembali ke rahmatullah.

LAGU SEKOLAH

Madrasah Tok Jiring sekolah kami,

Saban hari kau kami kunjungi,

Mendidik kami ilmu dan adab,

Sedari kecil segalanya dimulakan,

Sekolah kami...Kau bonda kami… kekasih kami,

Kau tunjukkanlah jalan ke syurga,

Kau bonda kami… sekolah kami,

Kekasih kami…

Kau disanubari

,Subur bersama hidup kami,

Tanpamu kami takkan jadi insan,

Berilmu, beradab, pintar dan ikhlas,

Kami sayang…selamanya…


SMKA Tok Jiring Cemerlang Menjelang 2010

Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dibuka pada tahun 1953 dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya 180 orang.
Pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu manakala sistem pengajian pondok telah ditukar kepada sistem pengajian agama dan arab.
Tanggal 1 Julai 1977 menjadi tarikh keramat apabila sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1982, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred A.
Dalam sejarahnya selama kira-kira setengah abad, sekolah ini berkembang maju menjadi sebuah institusi pendidikan terkemuka di Terengganu setanding dengan sekolah-sekolah ternama di tanah air.