Wednesday, April 30, 2008




Aktiviti Dalam Sekolah

Pelaksanaan Jadual Baru

Bermula 27 Januari 2008 guru-guru dan para pelajar akan menggunakan Jadual Baru yang telah diedarkan oleh Pejabat Sekolah sebentar tadi. Jadual baru ni melibatkan beberapa perubahan kecil ekoran kemasukan beberapa orang tenaga pengajar yang baru bertukar daripada beberapa sekolah berhampiran. Perubahan ini diharapkan dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran 2008 ini.

Peperiksaan TOV

Bermula 17 Febuari 2008, Peperiksaan TOV telah dijalankan untuk semua tingkatan sebagaimana di semua sekolah negeri Terengganu.TOV bagi menengah bawah adalah sehingga 22Febuari, manakala bagi menegah atas sehingga 28 Februari.Kertas peperiksaan adalah daripada Jabatan Pelajaran Terengganu.Sebagaimana yang telah diketahui,TOV dilaksanakan adalah untuk menilai prestasi pelajar sebelum startegi anjakan baru dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi pelajar tersebut dalam pelajaran.

Majlis Tadarus Al-Quran dan Ihtifal

Khamis, 6 mac 2008, Majlis Tadarus Al-Quran dan Ihtifal peringkat sekolah telah berjaya dlaksanakan. Antara aktiviti yang berlangsung di dalam majlis tersebut ialah tilawah Al-Quran lelaki dan perempuan, hafazan lelaki dan perempuan, Kalimatus Sobah (ucapan pagi), Al-Hiwar (perbualan atau drama), Ikhtibaruz Zaka’ (kuiz), Khitobah (syarahan) ,Addinu Khitobah (syarahan agama), dan Riwayatul Qisas (bercerita). Majlis tersebut diakhiri dengan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh PK Hal Ehwal Murid En. Harun Bin Mohamad serta PK Kokorikulum En. Kamarulzaman Ismail diiringi Ustazah Saminah Binti Mustaffa sebagai guru penyelaras program.

Perkongsian Gemilang

Rabu, 19 Mac 2008- Sebuah kem motivasi yang dinamakan
Perkongsian Gemilang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring 2008 bersama beberapa orang bekas pelajar sekolah tersebut yang terbilang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2007 telah diadakan di Dewan Abbas. Kem ini diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat ke dalam diri para pelajar tingkatan lima 2008 agar dapat mencipta kegemilangan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diduduki pada akhir November tahun ini.

Sambutan Maulidur Rasul

Sabtu, 5 April 2008 - Sempena sambutan Maulidur Rasul yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan satu sambutan di Dewan Abbas sempena meraikan hari kelahiran insan teragung yang disanjungi oleh seluruh umat Islam. Majlis ini telah diadakan pada pukul 11.00 pagi selepas majlis penyampaian hadiah pada sebelah pagi diadakan.

Majlis Penyampaian Hadiah

Sabtu, 5 April 2008 - Hari Sabtu iaitu hari ini adalah merupakan hari persekolahan sempena menggantikan cuti yang diambil oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring pada hari Khamis lepas. Pada hari ini, telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kawad Kaki 2008 dan juga Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) yang diadakan baru-baru ini. Semua pelajar diminta masuk ke Dewan Abbas pada pukul 9.15 pagi untuk menyaksikan majlis tersebut.

1 comment:

faisol said...

selamat Berpuasa... semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin...

saya membuat tulisan tentang "Bagaimana Menjadi Khatib Efektif?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/bagaimana-menjadi-khatib-efektif-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link bagaimana menjadi khatib efektif?)

tulisan ini ttg : teknik berpidato/retorika/khithabah & dakwah (bukan sekadar berkata-kata)...

semoga bermanfaat..
semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/